ADA AGENCY bermula 1992 dengan mengusahakan
penghasilan bahan-bahan kerja kursus kemahiran hidup Sekolah-sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah. Pada 6 November 2007 syarikat telah menukar
tarafnya kepada syarikat Sendirian Berhad dan dikenali sebagai
ADA
AGENCY SDN. BHD. Transformasi ini membolehkan syarikat melebarkan
sayapnya dalam bidang-bidang yang lain terutamanya projek-projek
pembangunan dan pembekalan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.
Syarikat mempunyai
kepakaran dan pengalaman dalam bidang pembuatan barangan berasaskan
perkayuan dengan menerima tempahan perabot daripada agensi-agensi
kerajaan seperti sekolah, jabatan-jabatan kerajaaan, klinik-klinik desa
dan sebagainya.
Syarikat juga mengambil
pendekatan yang progresif dalam meneroka bidang-bidang berkaitan seperti
pembuatan perabut taman, perabut rumah dan perabut pejabat, perkhidmatan
billboard (papantanda) termasuk membuat, menyediakan dan memasangsiap.
Syarikat juga telah memohon dan telah mendapat kepercayaan daripada
Kementerian Kewangan Malaysia dalam membekal kelengkapan pejabat,
pakaian beruniform, peralatan dan kelengkapan mesin pejabat, hiasan
jalan serta menyediakan perkhidmatan pencucian dan pembersihan bangunan.
MISI
DAN VISI
Kami adalah sebuah syarikat pengeluar yang mempunyai misi untuk
membekalkan bahan dan peralatan yang berkualiti dan dijamin sahaja. Kami
mempunyai slogan “KEPUASAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN KAMI”
